Assalamualaikum Kamu <3 Sihat? Hari ni, Kami nak berkongsi serba sedikit tentang Tips-tips untuk meningkatkan keyakinan diri. Sangat penting pada zaman sekarang untuk yakin pada diri kerana orang lain akan senantiasa "
Judge by your first appearance " Hehe Speaking London kejap =P ... Okkeyy Proceed jom Kawan-kawan ^_^
01) Anggapkan diri kita yang telah diciptakan oleh Allah S.W.T adalah sama seperti orang lain, tiada kekurangan dan tiada kelebihan.
02) Jika orang lain boleh buat, mengapa kita tidak?Selalulah Kawan-kawan bertanyakan soalan sebegini.
03) Kita perlulah juga memperbaiki kekurangan dan kelemahan diri kita. Kalau kita sudah temui kelemahan dan kekurangan diri, cubalah untuk berusaha mencari jalan untuk perbaiki. Jika tidak, tidak kemanalah kita.
04) Jangan takut-takut atau teragak-agak untuk melakukan sesuatu yang positif. Hidup mesti Berani menghadapi cabaran!
05) Elakkan perasaan malu yang tidak bertempat. Tonjolkan diri Kawan-kawan, sememangnya malu itu perasaan yang bagus, tapi malu biarlah bertempat. Tidak elok juga untuk diri kita malu setiap masa. Akan mengurangkan keyakinan terhadap diri sendiri.
06) Lakukan riadah dan senaman yang ringkas sebelum membuat sesuatu pekerjaan. Hal ini dapat membantu kita untuk mengaktifkan otot yang masih tidur lagi =)
07) Kemas diri dan anggaplah diri kawan-kawan yang terbaik untuk hari itu. Pasti Boleh!
08) Apabila berinteraksi pandang tepat pada muka dan mata orang yang kita sedang berinteraksi dan gunakan isyarat badan untuk meningkatkan atau menyokong interaksi lisan kita. Janganlah kita terlalu kaku.
09) Apabila memulakan sesuatu tugas jangan fikirkan masalah yang menyusul tiba, tetapi fikirlah tentang hasil yang kawan-kawan akan dapat selepas tugas selesai dilakukan.
10) Sentiasa peka terhadap waktu, jangan berlengah-lengah atau bertangguh dalam melaksanakan sesuatu tugas. Masa itu emas! Setiap waktu berharga. Demi masa sesungguhnya manusia kerugian. Ingat lagi ayat Al-Quran itu? =)
Okkeyy kamu ^_^ Hari ini kami dapat kongsikan info yang walaupun telah banyak diwar warkan di internet, tetapi sekadar untuk peringatan.
##@Much Love From Us@##
@@#Share-share dengan kawan lain, ilmu itu sebaiknya dikongsi bersama rakan yang lain agar lebih diberkati ^_^ #@@