Monday 31 December 2012

Doa Sebelum & Bangun Tidur

Assalamualaikum, Sahabat semua sihat? Mari ucap Alhamdulillah bersama =) .
Pada hari yang nyaman dan cukup indah dengan pemandangan pantai yang berseri(Imagine yea?)hehe..Sangat seronok sebab kita semua masih bernafas di muka bumi yang indah ini =) ...

Ini sekadar peringatan saja, mesti majoriti daripada kita TER-lupa kan nak baca doa sebelum tidur dan doa selepas bangun tidur?>_< Sebelum ini, Kami pun TER-buat perkara yang sama. Jadi, Hari ini kami ingin mengingatkan kembali sahabat, untuk menunjukkan rasa syukur, untuk menerapkan rasa syukur kita kepada Allah S.W.T kerana masih bagi peluang untuk kita beribadah, bertaubat kepadanya, Marilah kita amalkan membaca doa Sebelum tidur dan juga doa selepas bangun tidur.

Walaupun hanya dipandang remeh, Islam cukup indah sampaikan doa sebelum dan selepas bangun tidur juga ada. Mari sekali lagi ucap Alhamdulillah kerana dikurniakan nikmat keindahan Islam =)

Hafal ke tak hafal?=P hehe...Kami ada sediakan bagi yang terlupa.









Sekadar peringatan daripada kami. Yang baik segalanya datang daripada Allah S.W.T. Yang buruk hanya datang dari diri saya sendiri. =)
Assalamualaikum. Jga diri baik-baik ya Sahabat sekalian? ^_^

Sunday 30 December 2012

Muhasabah diri bersama

Assalamualaikum Kawan-kawan...Pernah tak kawan-kawan tertanya soalan sebegini dalam hidup...Tanyalah pada diri kita..Semoga Insaf dan boleh kita beribadah dengan lebih ikhlas Kepada Allah S.W.T

#Diterimakah amalan seumur hidupku..

#Mengakukah Rasulullah aku salah seorang umatnya..
#Kemana lagi aku nak pergi jika tidak diterima amalanku..
#Kemana lagi aku nak pergi jika tidak diakui Rasulullah aku salah seorang dari umatnya..

#>_<#Muhasabah diri

Friday 28 December 2012

10 Tips untuk meningkatkan keyakinan diri

Assalamualaikum Kamu <3 Sihat? Hari ni, Kami nak berkongsi serba sedikit tentang Tips-tips untuk meningkatkan keyakinan diri. Sangat penting pada zaman sekarang untuk yakin pada diri kerana orang lain akan senantiasa "Judge by your first appearance " Hehe Speaking London kejap =P ... Okkeyy Proceed jom Kawan-kawan ^_^



01) Anggapkan diri kita yang telah diciptakan oleh Allah S.W.T adalah sama seperti orang lain, tiada kekurangan dan tiada kelebihan.

02) Jika orang lain boleh buat, mengapa kita tidak?Selalulah Kawan-kawan bertanyakan soalan sebegini.

03) Kita perlulah juga memperbaiki kekurangan dan kelemahan diri kita. Kalau kita sudah temui kelemahan dan kekurangan diri, cubalah untuk berusaha mencari jalan untuk perbaiki. Jika tidak, tidak kemanalah kita.

04) Jangan takut-takut atau teragak-agak untuk melakukan sesuatu yang positif. Hidup mesti Berani menghadapi cabaran!

05) Elakkan perasaan malu yang tidak bertempat. Tonjolkan diri Kawan-kawan, sememangnya malu itu perasaan yang bagus, tapi malu biarlah bertempat. Tidak elok juga untuk diri kita malu setiap masa. Akan mengurangkan keyakinan terhadap diri sendiri.

06) Lakukan riadah dan senaman yang ringkas sebelum membuat sesuatu pekerjaan. Hal ini dapat membantu kita untuk mengaktifkan otot yang masih tidur lagi =)

07) Kemas diri dan anggaplah diri kawan-kawan yang terbaik untuk hari itu. Pasti Boleh!

08) Apabila berinteraksi pandang tepat pada muka dan mata orang yang kita sedang berinteraksi dan gunakan isyarat badan untuk meningkatkan atau menyokong interaksi  lisan kita. Janganlah kita terlalu kaku.

09) Apabila memulakan sesuatu tugas jangan fikirkan masalah yang menyusul tiba, tetapi fikirlah tentang hasil yang kawan-kawan akan dapat selepas tugas selesai dilakukan.

10) Sentiasa peka terhadap waktu, jangan berlengah-lengah atau bertangguh dalam melaksanakan sesuatu tugas. Masa itu emas! Setiap waktu berharga. Demi masa sesungguhnya manusia kerugian. Ingat lagi ayat Al-Quran itu? =)


Okkeyy kamu ^_^ Hari ini kami dapat kongsikan info yang walaupun telah banyak diwar warkan di internet, tetapi sekadar untuk peringatan.

##@Much Love From Us@##
@@#Share-share dengan kawan lain, ilmu itu sebaiknya dikongsi bersama rakan yang lain agar lebih diberkati ^_^ #@@

13 Perkara yang perlu dijaga oleh wanita ...



1. Bulu kening – Menurut Bukhari, Rasullulah melaknat perempuan yang mencukur atau menipiskan bulu kening atau meminta supaya dicukurkan bulu kening. (Petikan dari Hadis Riwayat Abu Daud Fi Fathil Bari.)


2. Kaki dan semacam hantu loceng – Dan janganlah mereka (perempuan) membentakkan kaki (atau mengangkatnya) agar diketahui perhiasan yang mereka sembunyikan – (Petikan dari Surah An-Nur Ayat 31.) Keterangan : Menampakkan kaki dan menghayunkan/ melenggokkan badan mengikut hentakan kaki terutamanya pada mereka yang mengikatnya dengan loceng…sama juga seperti pelacur dizaman jahiliyah ….

3. Wewangian – Siapa sahaja wanita yang memakai wangi-wangian kemudian melewati suatu kaum supaya mereka itu mencium baunya, maka wanita itu telah dianggap melakukan zina dan tiap-tiap mata ada zinanya terutamanya hidung yang berserombong. (Petikan dari Hadis Riwayat Nasaii, Ibn Khuzaimah dan Hibban.)

4. Dada – Hendaklah mereka (perempuan) melabuhkan kain tudung hingga menutupi bahagian hadapan dada-dada mereka. (Petikan dari Surah An-Nur Ayat 31.)

5. Gigi – Rasullulah melaknat perempuan yang mengikir gigi atau meminta supaya dikikirkan giginya – (Petikan dari Hadis Riwayat At-Thabrani) Dilaknat perempuan yang menjarangkan giginya supaya menjadi cantik, yang merubah ciptaan Allah. (Petikan dari Hadis Riwayat Bukhari dan Muslim.)

6. Muka dan leher – Dan tinggallah kamu (perempuan) di rumah kamu dan janganlah kamu menampakkan perhiasan mu seperti orang jahilliah yang dahulu. Keterangan : Bersolek (make-up) dan menurut Maqatil sengaja membiarkan ikatan tudung yang menampakkan leher seperti orang Jahilliyah.

7. Pakaian yang nipis (jarang) – Asma Binte Abu Bakar telah menemui Rasullulah dengan memakai pakaian yang tipis. Sabda Rasullulah: Wahai Asma! Sesungguhnya seorang gadis yang telah berhaid tidak boleh baginya menzahirkan anggota badan kecuali pergelangan tangan dan wajah saja (Petikan dari Hadis Riwayat Muslim dan Bukhari.)

8. Tangan – Sesungguhnya kepala yang ditusuk dengan besi itu lebih baik daripada menyentuh kaum yang bukan sejenis yang tidak halal baginya. (Petikan dari Hadis Riwayat At Tabrani dan Baihaqi.)

9. Mata – Dan katakanlah kepada perempuan mukmin hendaklah mereka menundukkan sebahagian dari pemandangannya. (Petikan dari Surah An Nur Ayat 31)
Sabda Nabi Muhamad SAW, Jangan sampai pandangan yang satu mengikuti pandangan lainnya. Kamu hanya boleh pandangan yang pertama sahaja manakala pandangan seterusnya tidak dibenarkan hukumnya haram. (Petikan dari Hadis Riwayat Ahmad, Abu Daud dan Tirmidzi.)

10. Mulut (suara) – Janganlah perempuan-perem puan itu terlalu lunak dalam berbicara sehingga berkeinginan orang yang ada perasaan serong dalam hatinya, tetapi ucapkanlah perkataan-perka taan yang baik (Petikan dari Surah Al Ahzab Ayat 32.) Sabda SAW Sesungguhnya akan ada umat ku yang minum arak yang mereka namakan dengan yang lain, yaitu kepala mereka dilalaikan oleh bunyi-bunyian (muzik) dan penyanyi perempuan, maka Allah akan tenggelamkan mereka itu dalam bumi. (Petikan dari Hadis Riwayat Ibn Majah.)

11. Kemaluan – Dan katakanlah kepada perempuan-perem puan mukmin, hendaklah mereka menundukkan pandangan mereka dan menjaga kehormatan mereka.
(Petikan dari Surah An Nur Ayat 31.)
Apabila seorang perempuan itu solat lima waktu, puasa di bulan Ramadan, menjaga kehormatannya dan mentaati suaminya, maka masuklah ia ke dalam Syurga daripada pintu-pintu yang ia kehendakinya. (Hadis Riwayat Riwayat Al Bazzar.) Tiada seorang perempuanpun yang membuka pakaiannya bukan di rumah suaminya, melainkan dia telah membinasakan tabir antaranya dengan Allah. (Petikan dari Hadis Riwayat Tirmidzi, Abu Daud dan Ibn Majah.)

12. Pakaian – Barangsiapa memakai pakaian yang berlebih-lebiha n terutama yang menjolok mata , maka Allah akan memberikan pakaian kehinaan di hari akhirat nanti.
(Petikan dari Hadis Riwayat Ahmad, Abu D , An Nasaii dan Ibn Majah.)
Petikan dari Surah Al Ahzab Ayat 59. Bermaksud : Hai nabi-nabi katakanlah kepada isteri-isterimu , anak perempuanmu dan isteri-isteri orang mukmin, hendaklah mereka memakai baju jilbab (baju labuh dan longgar) yang demikian itu supaya mereka mudah diken ali . Lantaran itu mereka tidak diganggu. Allah maha pengampun lagi maha penyayang. Sesungguhnya sebilangan ahli Neraka ialah perempuan-perem puan yang berpakaian tetapi telanjang yang condong pada maksiat dan menarik orang lain untuk melakukan maksiat. Mereka tidak akan masuk Syurga dan tidak akan mencium baunya. (Petikan dari Hadis Riwayat Bukhari dan Muslim) Keterangan : Wanita yang berpakaian tipis/jarang, ketat/ membentuk dan berbelah/ membuka bahagian-bahagi an tertentu.

13. Rambut – Wahai anakku Fatimah! Adapun perempuan-perem puan yang akan digantung rambutnya hingga mendidih otaknya dalam Neraka adalah mereka itu di dunia tidak mahu menutup rambutnya daripada dilihat oleh lelaki yang bukan mahramnya. (Petikan dari Hadis Riwayat Bukhari dan Muslim.)

Riwayat Imran bin Hushain ra.:
Bahwa Rasulullah saw. bersabda: Sesungguhnya penghuni syurga yang paling sedikit adalah kaum wanita. (Shahih Muslim No.4921)

Thursday 27 December 2012

Selamat Pagi Duniya

Assalamualaikum Kawan-kawan =) Kata-kata hikmat untuk hari ini >_<v

" Ukir senyuman semanis mungkin tika hadapi ujiannya.
Usaha sebaik mungkin tika hadapi ujiannya.
Hitam Putih Duniya terjadi kerna ukiran kita "  :)
HeHeHe
Solat jangan lupa Kawan-kawan!
Morning morning morning >_<v

KEHIDUPAN YANG DIIBARATKAN SEBAGAI RODA

Assalamualaikum Kawan-kawan =)

hidup ibarat roda..
adakala kita diatas dan adakalanya kita dibawah...
adakala bila siang kita beriman, bila malam kita tidak beriman..
SubhanaAllah =)

Much Love From Us ^_^