Assalamualaikum, hai hai <3...minggu ni kami banyak menonton cercite ceramah Ustaz Don Daniyal. Sangat menyentuh jiwa dan raga. Hope awak awak disana pun InsyaAllah akan berubah menjadi lebih baik. Enjoy the Video.
#@Okkeyh Tu saje dari kami Much Love <3@# @#Jangan lupa share kat Orang Lain yeah!!#@
Assalamualaikum, hai hai<3 ...Awak awak kat sana tu sihat?hehe. Minggu ni Kami nak Cercite sikit tentang cara solat jenazah untuk lelaki dan juga perempuan secara ringkas dan padat. Sebenarnya, Kepada yang belum tahu, kami nak kongsi bahawa hukum solat jenazah fadhu kifayah iaitu, sesetengah dari masyarakat sahaja yang perlu pergi. Kalau masyarakat yang lain tidak pergi tidak berdosa, tapi lebih baik kita pergi untuk saling membantu, berdoa kedapa Allah, dan juga menasihat akan keluarga si mati supaya bersabar. Itu lebih Baik. Persediaan solat jenazah: 1)Mayat mestilah diletakkan melintang ke arah kiblat. 2)Mayat lelaki kepalanya sebelah kiri imam dan imam berdiri di sebelah kepada atau dada mayat. 3)Mayat perempuan kepalanya sebelah kanan imam dan imam berdiri di pinggangnya. 4)Bagi solat ghaib, imam dan makmum mengadap qiblat tanda ada jenazah di depan. 5)Disarankan saf untuk solat jenazah dijadikan sebanyak 3 baris dan makmum yang menyolatkan mayat dituntut melebihi 40 orang. Dalam solat jenazah, tiada rukuk dan sujud, jadi makmum harus berdiri rapat antara satu sama lain dengan makmum yang di hadapan. Cara solat jenazah: 1. Berdiri dengan betul dan melafazkan niat solat jenazah seperti berikut.
2. Mengangkat takbir pertama (اَ للهُ اَكْبَرُ) berserta dengan niat di dalam hati dan diteruskan dengan membaca surah Al-Fatihah. 3. Mengangkat takbir kedua (اَ للهُ اَكْبَرُ) kemudian membaca selawat ke atas junjungan besar Rasulullah s.a.w seperti berikut.
4. Mengangkat takbir ketiga (اَ للهُ اَكْبَرُ) kemudian membaca doa seperti berikut.
5. Mengangkat takbir keempat iaitu takbir terakhir (اَ للهُ اَكْبَرُ) kemudian membaca doa berikut.
6. Memberi salam ke kanan dan ke kiri. Selesai beri salam, korang bolelah membaca surah Al-Ikhlas (3 kali), surah Al-Falaq (1 kali), surah An-Nas (1 kali), surah Al-Fatihah (1 kali), surah Al-Baqarah ayat 1-5 (1 kali), ayat Qursi (1 kali) dan baca doa yang sesuai.
Assalaumalaikum, hai hai <3...Minggu lepas kami ada cercite tentang Cara mandikan jenazah kan kan kan? Minggu ni Kami nak cercite pulak tentang Cara untuk mengafankan Jenazah^^.
Hukum Mengafankan jenazah
Hukum syarak mengenai mengkafan mayat diterangkan dalam hadith berikut:
Dari 'Aishah r.a. katanya: "Rasulullah s.a.w. (semasa wafatnya) telah dikafankan dalam tiga helai kain putih 'sahuli'* dari kapas; tidak mengandungi baju kamis dan tidak juga serban."**
(Riwayat Bukhari dan Muslim)
Semasa hayatnya Rasulullah s.a.w. menerangkan bahawa sebaik-baik pakaian ialah yang berwarna putih (yang melambangkan kebersihan dan kesucian), demikian juga warna kain kafan.
Dari Ibnu Abbas r.a. bahawa Nabi s.a.w. bersabda: "Pakailah yang putih dari pakaian kamu, kerana pakaian yang putih itu adalah sebaik-baik pakaian kamu; dan kafankanlah orang mati dari kalangan kamu dalam kain putih juga."***
(Riwayat Bukhari dan Muslim)
Cara mengafankan jenazah
Kami tunjuk Video boleh??hehe..senang nak tunjuk daripada menulis...ye dak?Selamat belajar <3
#@Okkeyh Tu saje dari kami Much Love <3@# @#Jangan lupa share kat Orang Lain yeah!!#@
Assalamualaikum..hai hai <3 ...dihari yang mulia ini, kami nak share something yang sangat penting dan berguna buat anak-anak. Hari ini kami nak share cara-cara untuk memandikan jenazah lelaki, dan perempuan. Tambahan lagi, Kami nak share juga cara-cara untuk bersolat jenazah serta niatnya. Umm...Kalau korang nak tahu, sebenarnya sangat penting untuk kita berpengetahuan tentang cara-cara memandikan jenazah kerana, kalau-kalau satu hari nanti, saudara-mara kita yang terdekat meninggal duniya, dan tiada siapa yang tahu untuk menguruskan jenazah, kita boleh membantu. Kita juga boleh berbakti kepada ahli keluarga dan kawan-kawan yang memerlukan pertolongan untuk menguruskan jenazah jika ada. Yang pasti kita semua tidak hidup lama. Umur yang dipinjam pasti akan dipulangkan jua satu hari nanti. Okkeyhh...proceed------> sebelum memandikan jenazah...
# Dibersihkan najis mayat (meruang) dan membersihkan segala kekotoran atau getah, cat, plaster dan sebagainya yang terlekat pada badan atau kuku mayat. Hendaklah mengosongkan perut terlebih dahulu - kalau ada benda-benda kotor yang boleh keluar, supaya tidak lagi keluar sesudah ia dimandi dan dikafankan. #Caranya: Dudukkan mayat (di atas papan mandi) dalam keadaan condong sedikit ke belakang, dan menahan belakangnya dengan lutut kanan sambil memegang belikatnya dengan tangan kanan (dengan meletak ibu jari di tengah-tengah tengkuknya supaya kepalanya tegak), dan urut perutnya perlahan-lahan dengan tangan kiri. #Siram air banyak-banyak untuk membersihkan benda-benda yang keluar. #Setelah dikosongkan perut dan dbersihkan benda yang keluar, hendaklah ditelentangkan semula mayat itu di atas papan mandi dan dicebokkan oleh orang yang memandikannya dengan membersihkan kemaluan dan celah-celahnya (menggunakan sarung tangan).
#Dengan sarung tangan bersih, tukang mandi hendaklah membersihkan gigi mayat, lubang hidunganya, lubang telinga dan celah-celah kukunya. Kemudian diwudhu'kan dengan sempurna (meliputi yang fardhu dan sunat). Setelah itu baru dimandikan - dari bahagian kepala hingga ke hujung kaki - meliputi seluruh tubuhnya.
semasa dan cara memandikan jenazah...
#Basuh seluruh kepala, muka dan lehernya 3 kali. #Basuh sebelah kanan (lambung kanan) meliputi bahu, ketiak, tangan kanan, dada, rusuk, perut, kemaluan, celah-celah kelangkang dan paha kanan hingga ke hujung kaki kanan 3 kali. #Basuh sebelah kiri (lambung kiri) meliputi bahu, ketiak, tangan kiri, dada, rusuk, perut, kemaluan, celah-celah kelangkang dan paha kiri hingga ke hujung kaki kiri 3 kali. #Kemudian diiringkan rusuk kanan ke atas dan basuh lambung kanannya bahagian belakang meliputi bahu, belakang badan, rusuk, punggung, peha kanan dan terus ke hujung kaki kanannya 3 kali. #Kemudian diiringkan rusuk kiri ke atas dan basuh lambung kirinya bahagian belakang meliputi bahu, belakang badan, rusuk, punggung, peha kiri dan terus ke hujung kaki kirinya 3 kali. #Cara mandi ini pertama dibuat dengan menggunakan air sabun. #Kemudian dimandikan dengan air bersih, dilakukan seperti cara mandi dengan sabun, tujuannya untuk membersihkan segala air sabun tadi. #Setelah bersih, diwudhu'kan dengan niat, " Sahaja aku wudhukan mayat ini kerana Allah" Lafaz niat bagi lelaki: "Nawaitul wudhu 'an hazal maiti lillahi ta'ala" Lafaz niat bagi perempuan: "Nawaitul wudhu' 'an hazihil maitati lillahi ta'ala" #Kemudian mandi dengan air bercampur kapur barus. Caranya air bersih dicampur sedikit air kapur barus yang sekira-kiranya tidak mengubah hukum air mutlak, kemudian dijirus sunat diniatkan: " Sahaja aku mandi mayat ini kerana Allah Taala" Lafaz niat bagi lelaki: "Nawaitul ghusl 'an hazal maiti lillahi ta'ala" Lafaz niat bagi perempuan: "Nawaitul ghusl 'an hazihil maitati lillahi ta'ala" #Proses mandi ini sama juga seperti mandi dengan air sabun dan air bersih yang lalu. Kemudian ulang 2 kali dengan menambah kapur barus lebih tua sedikit supaya baunya lebih keras. Semasa menjirus, sunat membaca: "Ghufranak rabbana rahman wailakal masir" #Jadi hasilnya jumlah mandi mayat kesemuanya lima kali iaitu : . Satu kali mandi dengan air sabun. . Satu kali mandi dengan air bersih. . Tiga kali mandi dengan air kapur barus. #Perlu diingat perbuatan membasuh mayat dengan air bercampur sabun (atau serbuk daun bidara) kemudian membilasnya, tidak dikira. Itu hanya seperti membersihkan badannya. #Yang diambil kira ialah mandi yang akhir, iaitu memandikan mayat dengan air yang dicampurkan sedikit kapur barus. #@Okkeyh Tu saje dari kami Much Love <3@# @#Jangan lupa share kat Orang Lain yeah!!#@