Assalamualaikum, hai hai<3 ...Awak awak kat sana tu sihat?hehe. Minggu ni Kami nak Cercite sikit tentang cara solat jenazah untuk lelaki dan juga perempuan secara ringkas dan padat. Sebenarnya, Kepada yang belum tahu, kami nak kongsi bahawa hukum solat jenazah fadhu kifayah iaitu, sesetengah dari masyarakat sahaja yang perlu pergi. Kalau masyarakat yang lain tidak pergi tidak berdosa, tapi lebih baik kita pergi untuk saling membantu, berdoa kedapa Allah, dan juga menasihat akan keluarga si mati supaya bersabar. Itu lebih Baik.
Persediaan solat jenazah:
1)Mayat mestilah diletakkan melintang ke arah kiblat.
2)Mayat lelaki kepalanya sebelah kiri imam dan imam berdiri di sebelah kepada atau dada mayat.
3)Mayat perempuan kepalanya sebelah kanan imam dan imam berdiri di pinggangnya.
4)Bagi solat ghaib, imam dan makmum mengadap qiblat tanda ada jenazah di depan.
5)Disarankan saf untuk solat jenazah dijadikan sebanyak 3 baris dan makmum yang menyolatkan mayat dituntut melebihi 40 orang. Dalam solat jenazah, tiada rukuk dan sujud, jadi makmum harus berdiri rapat antara satu sama lain dengan makmum yang di hadapan.
Cara solat jenazah:
1. Berdiri dengan betul dan melafazkan niat solat jenazah seperti berikut.
2. Mengangkat takbir pertama (اَ للهُ اَكْبَرُ) berserta dengan niat di dalam hati dan diteruskan dengan membaca surah Al-Fatihah.
3. Mengangkat takbir kedua (اَ للهُ اَكْبَرُ) kemudian membaca selawat ke atas junjungan besar Rasulullah s.a.w seperti berikut.
4. Mengangkat takbir ketiga (اَ للهُ اَكْبَرُ) kemudian membaca doa seperti berikut.
5. Mengangkat takbir keempat iaitu takbir terakhir (اَ للهُ اَكْبَرُ) kemudian membaca doa berikut.
6. Memberi salam ke kanan dan ke kiri.
Selesai beri salam, korang bolelah membaca surah Al-Ikhlas (3 kali), surah Al-Falaq (1 kali), surah An-Nas (1 kali), surah Al-Fatihah (1 kali), surah Al-Baqarah ayat 1-5 (1 kali), ayat Qursi (1 kali) dan baca doa yang sesuai.
No comments:
Post a Comment