Friday, 3 August 2012

Cara Mandi Jenazah

Assalamualaikum..hai hai <3 ...dihari yang mulia ini, kami nak share something yang sangat penting dan berguna buat anak-anak. Hari ini kami nak share cara-cara untuk memandikan jenazah lelaki, dan perempuan. Tambahan lagi, Kami nak share juga cara-cara untuk bersolat jenazah serta niatnya. Umm...Kalau korang nak tahu, sebenarnya sangat penting untuk kita berpengetahuan tentang cara-cara memandikan jenazah kerana, kalau-kalau satu hari nanti, saudara-mara kita yang terdekat meninggal duniya, dan tiada siapa yang tahu untuk menguruskan jenazah, kita boleh membantu. Kita juga boleh berbakti kepada ahli keluarga dan kawan-kawan yang memerlukan pertolongan untuk menguruskan jenazah jika ada. Yang pasti kita semua tidak hidup lama. Umur yang dipinjam pasti akan dipulangkan jua satu hari nanti. Okkeyhh...proceed------>

sebelum memandikan jenazah...


# Dibersihkan najis mayat (meruang) dan membersihkan segala kekotoran atau getah, cat,    plaster dan sebagainya yang terlekat pada badan atau kuku mayat. Hendaklah mengosongkan perut terlebih dahulu - kalau ada benda-benda kotor yang boleh keluar, supaya tidak lagi keluar sesudah ia dimandi dan dikafankan.
      
#Caranya: Dudukkan mayat (di atas papan mandi) dalam keadaan condong sedikit ke belakang, dan menahan belakangnya dengan lutut kanan sambil memegang belikatnya dengan tangan kanan (dengan meletak ibu jari di tengah-tengah tengkuknya supaya kepalanya tegak), dan urut perutnya perlahan-lahan dengan tangan kiri.

#Siram air banyak-banyak untuk membersihkan benda-benda yang keluar.

#Setelah dikosongkan perut dan dbersihkan benda yang keluar, hendaklah ditelentangkan semula mayat itu di atas papan mandi dan dicebokkan oleh orang yang memandikannya dengan membersihkan kemaluan dan celah-celahnya (menggunakan sarung tangan). 

#Dengan sarung tangan bersih, tukang mandi hendaklah membersihkan gigi mayat, lubang hidunganya, lubang telinga dan celah-celah kukunya. Kemudian diwudhu'kan dengan sempurna (meliputi yang fardhu dan sunat). Setelah itu baru dimandikan - dari bahagian kepala hingga ke hujung kaki - meliputi seluruh tubuhnya.



semasa dan cara memandikan jenazah...




#Basuh seluruh kepala, muka dan lehernya 3 kali.

#Basuh sebelah kanan (lambung kanan) meliputi bahu, ketiak, tangan kanan, dada, rusuk, perut, kemaluan, celah-celah kelangkang dan paha kanan hingga ke hujung kaki kanan 3 kali.

#Basuh sebelah kiri (lambung kiri) meliputi bahu, ketiak, tangan kiri, dada, rusuk, perut, kemaluan, celah-celah kelangkang dan paha kiri hingga ke hujung kaki kiri 3 kali.

#Kemudian diiringkan rusuk kanan ke atas dan basuh lambung kanannya bahagian belakang meliputi bahu, belakang badan, rusuk, punggung, peha kanan dan terus ke hujung kaki kanannya 3 kali.

#Kemudian diiringkan rusuk kiri ke atas dan basuh lambung kirinya bahagian belakang meliputi bahu, belakang badan, rusuk, punggung, peha kiri dan terus ke hujung kaki kirinya 3 kali.

#Cara mandi ini pertama dibuat dengan menggunakan air sabun.

#Kemudian dimandikan dengan air bersih, dilakukan seperti cara mandi dengan sabun, tujuannya untuk membersihkan segala air sabun tadi. 
     
#Setelah bersih, diwudhu'kan dengan niat,
" Sahaja aku wudhukan mayat ini kerana Allah"
Lafaz niat bagi lelaki:
"Nawaitul wudhu 'an hazal maiti lillahi ta'ala"
Lafaz niat bagi perempuan:
"Nawaitul wudhu' 'an hazihil maitati lillahi ta'ala"

#Kemudian mandi dengan air bercampur kapur barus. Caranya air bersih dicampur sedikit air kapur barus yang sekira-kiranya tidak mengubah hukum air mutlak, kemudian dijirus sunat diniatkan:
" Sahaja aku mandi mayat ini kerana Allah Taala" 
Lafaz niat bagi lelaki:
"Nawaitul ghusl 'an hazal maiti lillahi ta'ala"
Lafaz niat bagi perempuan:
"Nawaitul ghusl 'an hazihil maitati lillahi ta'ala"

#Proses mandi ini sama juga seperti mandi dengan air sabun dan air bersih yang lalu. Kemudian ulang 2 kali dengan menambah kapur barus lebih tua sedikit supaya baunya lebih keras. 
Semasa menjirus, sunat membaca:
      "Ghufranak rabbana rahman wailakal masir"                                        

#Jadi hasilnya jumlah mandi mayat kesemuanya lima kali iaitu :
. Satu kali mandi dengan air sabun.
. Satu kali mandi dengan air bersih.
. Tiga kali mandi dengan air kapur barus.

#Perlu diingat perbuatan membasuh mayat dengan air bercampur sabun (atau serbuk daun bidara) kemudian membilasnya, tidak dikira. Itu hanya seperti membersihkan badannya.

#Yang diambil kira ialah mandi yang akhir, iaitu memandikan mayat dengan air yang dicampurkan sedikit kapur barus.

#@Okkeyh Tu saje dari kami Much Love <3@#
@#Jangan lupa share kat Orang Lain yeah!!#@

No comments:

Post a Comment